KERAJAAN JAMIN PROSES KEMASUKAN MUDAH PELANCONG
HONG KONG 13 Jun - Kementerian Pelancongan memberi jaminan akan memastikan para pelancong yang datang ke negara ini terutama ketika Tahun Melawat Malaysia 2007 melalui proses kemasukan yang mudah.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan sehingga kini, pihaknya sudah mengadakan perbincangan serius dengan pelbagai agensi kerajaan termasuk polis dan imigresen bagi memastikan perkara itu terlaksana.

Malah perbincangan itu juga kata beliau, adalah bagi memastikan keselamatan setiap pelancong yang melawat Malaysia terjamin.

‘‘Kita memerhatikan perkara ini dengan serius dan tidak mahu sebarang kejadian terpencil yang berlaku merosakkan kedatangan pelancong ke negara ini.

‘‘Kita mahu pelancong datang ke Malaysia dan kita akan layan mereka dengan baik seolah-olah mereka adalah tetamu yang datang ke rumah kita.

‘‘Malaysia adalah negara yang selamat dan mereka yang datang ke negara ini tidak perlu bimbang atas beberapa kejadian terpencil yang berlaku,” katanya ketika ditanya media Hong Kong mengenai dakwaan layanan buruk pelancong China yang berlaku di Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 di Hotel Intercontinental Hong Kong. Turut hadir pada majlis itu ialah Konsul Jeneral Malaysia ke Hong Kong, Hairul Reaza; Pengarah Pelancongan Pejabat Hong Kong, M. Wahid; Pengarah Bahagian Pengiklanan Pelancongan Malaysia, Azizan Noordin dan Duta Pelancongan Malaysia kawasan Asia Timur, Michael Wong yang juga artis terkenal Hong Kong.

Mengenai kehadiran pelancong Hong Kong pula, Tengku Adnan berkata, dalam tempoh Januari dan Februari tahun lalu, ia menunjukkan satu peningkatan yang memberansangkan untuk tahun ini.

Kata beliau, tahun lalu, seramai 9,833 pelancong Hong Kong datang ke Malaysia dan ia meningkat sebanyak 72.2 peratus peratus tahun ini dengan kehadiran 16,937 orang untuk tempoh yang sama dari Januari ke Februari.

Selain itu kata beliau, 77,000 pelancong Hong Kong telah melawat Malaysia sepanjang tahun lalu dan beliau berharap angka itu meningkat dua kali ganda untuk tahun ini.

‘‘Jadi untuk Tahun Melawat Malaysia 2007 kita menyasarkan ia akan meningkat tiga kali ganda sesuai dengan pelbagai pakej menarik yang telah disediakan oleh agensi pelancong kedua-dua negara,”katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Kementerian Pelancongan turut menganjurkan makan Malam Gala malam ini bagi meraikan kumpulan ahli perniagaan pelancongan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2007.

Pada majlis makan malam itu juga, Tengku Adnan turut memberi jaminan pelancong yang datang melawat Malaysia akan mengalami satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan yang mampu membuatkan mereka datang kembali.

Utusan Malaysia
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Putrajaya
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER