PROGRAM PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH PUTRAJAYA

YBM. Tengku Adnan bin Tengku Mansor,
Ahli Parlimen Putrajaya diberi penerangan ketika majlis perasmian.

PERSATUAN PENGASIH Malaysia sekali lagi dijemput oleh Pergerakkan Pemuda UMNO untuk bersama –sama mengambil bahagian dalam Program Pelancaran Kempen Anti Dadah bertempat di City Alamanda Putrajaya pada 9 Julai 2005 baru-baru ini.

Program ini dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya dengan kerjasama oleh Pergerakkan Pemuda bahagian Wilayah Persekutuan dan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Putrajaya. Pelbagai aktiviti yang menarik yang diadakan termasuk pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Kementerian Kesihatan, Pemeran oleh Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan, Persembahan Dikir Barat dan banyak lagi.

Antara yang terlibat untuk menjayakan program ini termasuklah IPD Putrajaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, PERSADA, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Penjara Kajang, Klinik Kesihatan Putrajaya dan Pejabat Kesihatan Putrajaya.

PENGASIH mengambil bahagian dalam persembahan muzik dan juga pameran yang diadakan. Majlis Perasmian ini disempurnakan oleh YBM. Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya. Program ini diakhiri dengan jamuan ringan dan bersurai.
1 Comments:
  • At 8:54 AM, Blogger Sri Diah said…

    TAHNIAH. Dalam surf utk Putrajaya, terjumpa site ini. Bagus, semoga hubungan dua hala ini terjalin erat.

     
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Putrajaya
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER