Kearah memperkasakan lagi perkhidmatan kepada pengundi di Parlimen Putrajaya selaras dengan motto Barisan Nasional BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT, saya melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat Putrajaya mengambil pendekatan memperkenalkan Laman Web Rasmi Ahli Parlimen Putrajaya.
Pendekatan ini selaras dengan perkembangan dunia IT di negara ini yang mana kita semua masih boleh terus berhubung dan berkomunikasi meskipun tanpa bertemu wajah. Melalui Laman Web ini saya cuba sedaya mungkin untuk meletakan diri saya "BERSEDIA DAN BERKHIDMAT" selama 24 jam sehari dan 365 hari setahun malah sepanjang tahun untuk mendengar dan menerima segala persoalan khusus dan khas di kawasan Parlimen Putrajaya.
Laman Web ini adalah pelengkap kepada beberapa sistem dan kaedah semulajadi yang sedia ada dalam sistem perhubungan antara pemimpin dan rakyat. Harapan saya agar seluruh pengundi Parlimen Putrajaya dan sesiapa sahaja yang terpanggil untuk sama-sama MEMBANGUN DAN MEMPERKASAKAN Parlimen Putrajaya menggunakan ruang dan peluang ini untuk berhubung.
Melalui ruang LAPUR TERUS... EMAIL dan CADANGAN DAN PANDANGAN diharap apa sahaja yang berlaku yang memerlukan Ahli Parlimen sebagai pengantara dapat diangkat untuk pengetahuan saya. Sekiranya ada yang terlepas pandang dan memerlukan penyelesaian, maka ruang ini haruslah dimanfaatkan sepenuhmya.
Akhir sekali, saya adalah wakil kepada rakyat yang dipilih oleh rakyat. Walaupun kita tidur di tilam yang berbeza biarlah kita bermimpi yang sama ke arah menjadikan Parlimen Putrajaya SELESA dan SELAMAT untuk kita semua.
Terima Kasih dan Salam Perjuangan
YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
|