PERSEMBAHAN ARTIS MERIAHKAN CITRAWARNA 2006
PERANAN artis di negara ini semakin penting. Bakat dan populariti mereka sering digunakan dalam memeriahkan sesuatu acara. Program Citrawarna Malaysia 2006 yang akan dilancarkan pada pukul 8 malam 8 Julai ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur juga tidak terkecuali menggunakan khidmat artis.

Program tahunan anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia itu akan menjemput ramai artis tempatan bagi mengadakan persembahan pada acara tersebut. Lebih 10 artis popular akan mengadakan persembahan yang akan bermula dari pukul 6 petang hingga 8 malam.

Persembahan artis itu akan diadakan di dua buah pentas di hadapan Wisma PKNS dan Laman Seni yang terletak tidak jauh dari Dataran Merdeka. Antara artis yang akan mengadakan persembahan ialah Sheila Majid, Amy Mastura, Saiful Apek, Sassi The Don, Kevin Lau, Adibah Noor, Azizi AF1, Sharifah Zarina, Jaclyn Victor, Nassier Wahab, Dina Malaysian Idol, Datuk Ahmad Jais, Datin Orkid Abdullah dan J. Sham.

Sidang akhbar Citrawarna Malaysia 2006 telah diadakan di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini. Selain artis-artis terbabit, hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Utusan Malaysia
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Putrajaya
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER