PERLANTIKAN ZULHASNAN WAJAR
KOTA BHARU 4 April - Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifat kan pelantikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique menggantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan sebagai wajar.

Katanya, pelantikan seperti itu adalah perkara biasa dalam UMNO dan beliau harus menerimanya.

``Dulu kadang-kala saya jadi imam lepas itu jadi makmum dan balik semula menjadi imam. Jadi itu perkara biasa,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya mengenai pelantikan itu yang diumumkan Perdana Menteri pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Kuala Lumpur malam tadi.

MT juga memutuskan melantik Tengku Adnan sebagai Pengerusi Biro Perhubungan Pekerja UMNO yang baru ditubuhkan. Zulhasnan sebelum ini adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah. Tengku Adnan berkata, pelantikan Zulhasnan wajar kerana beliau merupakan Menteri Wilayah Persekutuan.

``Beliau adalah seperti menteri besar kerana Wilayah tidak ada menteri besar,' kata Tengku Adnan, yang memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Wilayah Persekutuan sejak tahun 2000.
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Putrajaya
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER