PUSAT SEHENTI PROSES PROJEK RUMAH KEDUA
KUALA LUMPUR 10 April - Kabinet mengarahkan Kementerian Pelancongan mewujudkan sebuah pusat sehenti bagi memudahkan proses permohonan rakyat asing untuk menyertai Projek Rumah Kedua Malaysia (PRKM).

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, arahan itu dikeluarkan pada 1 April lalu setelah kerajaan mendapati proses PRKM sebelum ini agak menyulitkan.
Katanya, dengan adanya pusat sehenti itu, rakyat asing yang berhasrat menyertai PRKM tidak perlu ke kementerian lain untuk menguruskan permohonan mereka

``Di pusat sehenti ini, kami akan menyediakan segala keperluan, antaranya menempatkan agensi berkaitan seperti imigresen untuk menguruskan permohonan PRKM.

``Begitu juga dengan apa jua maklumat mengenai PRKM. Semuanya ada disediakan di pusat sehenti ini. Keputusan kerajaan bertujuan memudahkan pelancong asing menyertai PKRM,'' katanya.

Tengku Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bersama antara KL Metropolitan (M) Sdn. Bhd. dengan The Legend Group Of Hotels and Resorts, di sini hari ini. Pada majlis itu, KL Metropolitan diwakili oleh Pengarahnya, Yap Chuan Thai, manakala The Legend Group diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Metroplex Berhad Group, Kee Lian Yong.

Dalam pada itu Tengku Adnan berkata, sehingga kini kira-kira 8,000 warga asing menyertai PRKM. ``Kementerian berharap kewujudan pusat sehenti ini akan meningkatkan lagi jumlah warga asing memiliki rumah di Malaysia, sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan di negara ini,'' ujarnya.

Sementara itu beliau berkata, pihak kementerian akan meningkatkan lagi kerjasama dengan sektor swasta serta kerajaan negeri untuk memperbanyakkan lagi jumlah bilik.

``Pada tahun depan, jumlah pelancong asing yang disasarkan ialah 20.1 juta orang, oleh itu jumlah bilik sedia ada perlu ditambah khususnya di negeri-negeri.

``Kita mahu industri pelancongan tidak tertumpu di Lembah Klang sahaja tetapi ia harus diperluaskan ke negeri-negeri seperti di pantai timur serta Sabah dan Sarawak,'' tambahnya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Putrajaya
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER