KEMENTERIAN BINCANG PAKEJ ZERO TOUR
HONG KONG 15 Jun - Kementerian Pelancongan akan bertemu dengan pengusaha industri pelancongan Malaysia bagi membincangkan masalah pakej zero tour yang dilihat boleh membunuh industri pelancongan negara. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pakej pelancongan itu yang kini sudah menular di Malaysia dan Thailand semakin ditakuti oleh beberapa persatuan pelancongan terutama Hong Kong.

Menurut beliau, ini kerana pakej zero tour yang banyak ditawarkan oleh pengusaha pelancongan China tidak melibatkan sebarang bayaran komisen. Selain itu, katanya, pengusaha pelancongan dan pelancong yang mengikuti pakej berkenaan akan dipaksa mengikut program percutian yang ketat.

“Bayangkan pelancong terpaksa terkejar-kejar untuk melihat tempat-tempat menarik disebabkan jadual yang ketat dan ada di antara mereka dikenakan bayaran berlipat kali ganda daripada harga asal ketika membeli belah untuk menampung komisen agensi pelancongan.

“Ini disebabkan agensi pelancongan yang menerima pelancong itu tidak diberi komisen oleh agensi di negara asal pelancong terbabit dan ini mampu merosakkan industri pelancongan Malaysia,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas pelancaran kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 (VMY 2007) di sini hari ini.

Jelas Tengku Adnan, pihaknya turut diminta Persatuan Pengusaha Pelancongan Hong Kong (HATA) supaya memantau perkara itu bagi mengelakkan pengusaha pelancongan Malaysia terikut-ikut dengan pakej itu.

Utusan Malaysia
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Putrajaya
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER