KARNIVAL DIJANGKA RAIH RM2 BILION
PUTRAJAYA - Negara dijangka meraih pulangan asing sebanyak RM2 bilion (AS$526 juta) sepanjang Karnival Jualan Mega 2006, yang bermula di seluruh negara semalam hingga 3 September ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata jumlah itu dianggarkan dibelanjakan pelancong asing di pusat beli-belah sepanjang karnival enam minggu itu di seluruh negara, sekaligus membantu perolehan tukaran asing negara.

Katanya, anggaran itu juga adalah berdasarkan jumlah pertambahan premis perniagaan yang mengambil bahagian dalam karnival kali ini iaitu 8,692 premis berbanding 5,471 peruncit tempatan yang mewakili pelbagai cabang perniagaan dalam karnival yang sama tahun lalu.

Beliau berkata, ketika karnival sama tahun lalu, negara memperoleh RM1.8 bilion (AS$478 juta). Berikutan itu, katanya sasaran untuk menyaksikan peningkatan 10 peratus kedatangan pelancong ke negara ini sepanjang tahun ini juga boleh dicapai.

"Sejak Januari hingga April lalu, negara mencatatkan kehadiran 5.8 juta pelancong asing, naik 5.8 peratus berbanding tahun lalu. Kerajaan menjangka 17.5 juta pelancong asing tahun ini dengan keupayaan menjana RM37.6 bilion (pulangan asing)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran perlumbaan khas sempena karnival Mega Sale Malaysia Shopping Race 2006' di pusat beli-belah Alamanda di sini, semalam.

Perlumbaan itu disertai 250 ajen perniagaan dan wakil media tempatan serta asing dari 19 negara termasuk Australia, Hong Kong, Afrika Selatan, India, Indonesia, Sri Langka, Pakistan, Jepun, Thailand, New Zealand, Filipina, Kemboja, Vitenam dan Singapura mengambil bahagian. (Berita Harian)
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Putrajaya
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER