PEMUDA PUTRAJAYA RAI 700 PELAJAR CEMERLANG
PUTRAJAYA, 7 Januari 2007 – Seramai 700 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2006 dari sekolah-sekolah sekitar Parlimen Putrajaya dirai dalam majlis Anugerah Pelajar Cemerlang anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya.

Sebahagian daripada pelajar yang hadir di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR & PMR 2006 Parlimen Putrajaya

Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar cemerlang di majlis tersebut sambil diperhati oleh Ketua Pemuda Putrajaya Saudara Ahmad Zaki Zahid (dua dari kiri)

Mungkin ada sesuatu yang menarik perhatian Tengku Adnan bila menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar ini

Menurut Ketua Pemuda Bahagian Purajaya, Saudara Ahmad Zaki Zahid, program kali ini merupakan tahun ketiga Pemuda Putrajaya memberi insentif kepada pelajar yang cemerlang dalam UPSR dan PMR. Ini sebagai galakan kepada mereka yang berjaya dan juga menjadi dorongan kepada yang lain untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

Katanya, dari rekod yang ada terdapat peningkatan dalam pencapaian keputusan kedua-dua peperiksaan tersebut. Ini terbukti, seramai 142 memperolehi 5A di dalam UPSR 2006 berbanding 113 pada 2005, manakala bagi PMR 65 memperolehi keputusan 8 A 2006 berbanding 53 pada 2005.

“Peningkatan sebegini menaikkan semangat Pemuda UMNO Putrajaya untuk mengadakan aktiviti seperti ini pada setiap tahun bagi mengiktiraf kejayaan mereka,”katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan rasa bangga kerana usaha konsisten Pemuda Putrajaya dalam menganjurkan program yang sungguh bermakna ini.

Katanya, program anjuran Pemuda seperti ini penting untuk menyuntik semangat para pelajar di Putrajaya untuk belajar lebih bersungguh-sungguh kerana mereka ini akan menjadi pemimpin masa depan.

“Ini bagi membolehkan mereka bersedia menghadapi saingan peringkat global… dan dengan bimbingan Pemuda UMNO Putrajaya InsyaAllah para pelajar ini akan berjaya menyediakan persiapan mental dan fizikal untuk menjadi masyarakat yang Cemerlang dan Terbilang”. Katanya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya dan Menteri Pelacongan

(Gambar ehsan Laman Web Pemuda Wilayah Persekutuan)

0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Putrajaya
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER