10,000 HADIRI RUMAH TERBUKA KEMENTERIAN PELANCUNGAN
Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pelancungan dianggap promosi awal Tahun Melawat Malaysia 2007


Dato' Seri Tengku Adnan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir di rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Pelancungan


Tengku Adnan bersama isteri melayan tetamu yang datang

Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pelancungan ternyata mendapat sambutan dari orang ramai

Gerai-gerai yang disediakan mengikut konsep makanan tradisi negeri-negeri

PUTRAJAYA 18 NOV 2006 – Hampir 10,000 tetamu mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pelancungan di Putrajaya. Berkonsepkan makanan tradisi dari negeri masing-masing ternyata kehadiran tetamu dari jauh dan dekat menampakan petanda awal Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM 2007) akan membuahkan kejayaan.

Menteri Pelancungan Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berada dari awal hingga akhir majlis ternyata sibuk melayan tetamu yang hadir dan ini juga menunjukkan komitmen beliau dalam usaha merealisasikan TMM 2007.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ini juga merupakan salah satu ‘pesta’ awal mempromosi TMM 2007. Kehadiran tetamu dari dalam dan luar negara termasuk pelancung asing mendedahkan mereka kepada budaya dan tradisi unik rakyat Malaysia disamping dapat menikmati berbagai jenis makanan dan masakan dari negeri-negeri di Malaysia.

Menurutnya juga, Kementerian Pelancungan akan menyediakan pelan tersusun untuk membantu usahawan bumiputera menceburi perniagaan berkaitan pelancungan hingga mencapai kuota 30 peratus daripada keseluruhan nilai industri itu.

Katanya, beliau sudah menubuhkan kumpulan pemikir khas untuk memberi nasihat kepada kementerian itu bagi menarik lebih ramai usahawan Melayu sama ada di bandar atau luar bandar menyertai sektor itu yang dijangka menjana pendapatan RM30 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9)

0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Putrajaya
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER