AHLI UMNO PUTRAJAYA JUGA PERLU DIBANTU
Sebahagian daripada pimpinan cawangan dan tetamu yang hadir. Kelihatan (tiga dari kiri) Dato' Abu Kamis Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya dan juga Setiausaha Politik Menteri Pelancungan


Bantuan disampaikan melalui ketua-ketua UMNO Cawangan. Tengku Adnan menyampaikan bantuan seragam persekolahan kepada salah seorang ketua cawangan di majlis tersebut

Tengku Adnan bersama pimpinan UMNO Bahagian Putrajaya bergambar bersama pelajar yang menerima sumbangan pada majlis tersebut

PUTRAJAYA, 2 Jan 2007 – Anggapan bahawa ahli UMNO Bahagian Putrajaya sudah cukup segala keperluan hidup dan UMNO tidak perlu membantu lagi adalah salah sama sekali. Demikian ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian, Dato Sri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, persepsi bahawa ahli UMNO Putrajaya yang terdiri dari kakitangan kerajaan tidak perlu dibantu lagi terutama membabitkan bantuan seragam persekolahan adalah sesuatu yang tidak adil dan mengenepikan hak mereka sebagai ahli UMNO.

Menurut beliau, pandangan bahawa mereka yang tinggal di Putrajaya sebuah kota pentadbiran kerajaan yang lengkap segala kemudahan asas berada pada tahap ‘orang kaya’ adalah tidak benar dan ini perlu diperbetulkan.

“Ahli UMNO Putrajaya juga terdiri daripada sebahagian besarnya kakitangan sokongan yang bergaji kecil dan mempunyai ramai anak”

“Apatah lagi anak-anak ini juga perlukan kelas tuisyen dan keperluan pembelajaran yang lain” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya

Tengku Adnan menjelaskan perkara tersebut ketika berucap di Majlis penyampaian pakaian seragam persekolahan kepada 155 pelajar anak-anak ahli UMNO Bahagian Putrajaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya 2 di sini.

UMNO Bahagian melalui Biro Kebajikan membelanjakan RM50,000 bagi tujuan tersebut dalam usaha meringankan beban ibu bapa menghadapi musim persekolahan tahun ini.
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Putrajaya
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER