MALAM MESRA ERATKAN PERPADUAN
Tengku Adnan menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pada malam itu


Puan Azizah Mohd Noor, Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya

Ketua Puteri UMNO Bahagian Putrajaya Cik Hamizah Abdullah Zawawi (tengah) bersama tetamu yang hadir

Tarian poco-poco yang dipersembahkan oleh ahli Pergerakan Wanita mendapat perhatian daripada tetamu pada malam itu


PUTRAJAYA, 29 Disemberi 2006 – Perpaduan sesama ahli disemua peringkat menjadi kunci kejayaan kepada setiap aktiviti dan perancangan yang dibuat apatah lagi dalam sebuah pertubuhan politik seperti UMNO. Demikian ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Dato Sri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau bekata, perpaduan dan persefahaman sesama ahli akan menentukan hala tuju pergerakan parti kerana tanpa ada rasa hormat menghormati dan saling bekerjasama tidak mungkin UMNO mampu menjadi wadah penerusan perjuangan orang-orang Melayu di Negara ini.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya bercakap demikian di Majlis Malam Mesra bersama pemimpin sempena sambutan Hari Wanita 2006 Parlimen Putrajaya di sini yang dianjurkan oleh Wanita UMNO Bahagian Putrajaya.

Katanya lagi, peranan yang dimainkan oleh wanita bukan sahaja semata-mata atas platform politik tetapi lebih berperanan sebagai ibu dalam keluarga dan pendidik dalam masyarakat.

“Saya ingin melihat wanita menjadi tulang belakang kepada perpaduan dalam UMNO Putrajaya kerana peranan semulajadi yang ada pada mereka dan wanita perlu mengenepikan sebarang unsur yang boleh membawa kepada keretakan dan perpecahan dalam parti.” jelasnya

Di majlis tersebut Tengku Adnan telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memasak, gubahan buah-buahan, lipatan tuala dan pertandingan memasak puding.
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Putrajaya
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER