10.000 IRINGI CALON BN DI BATU TALAM
Sebahagian daripada penyokong Barisan Nasional mengiring calon BN di pilihanraya kecil DUN Batu Talam


Cik Hamizah Abdollah Zawawi (kiri) Ketua Puteri Putrajaya bersama rakan antara sebahagian penyokong BN yang hadir mengiringi calon BN di Batu Talam

RAUB 16 Jan. – Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan N6 Batu Talam pada 28 Januari ini menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN) dan calon bebas.

Pada pilihan raya itu, calon BN, Abd. Aziz Mat Kiram, 47, akan ditentang calon bebas, Ng Chee Pang, 22, seorang ahli perniagaan yang juga anak kepada Bendahari DAP Pahang.

Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Batu Talam, Abdul Kadir Awang Bakar pada pukul 11.10 pagi selepas waktu bantahan ditutup pukul 11 pagi di Bilik Gerakan Pilihan Raya di Pejabat Tanah dan Daerah Raub di sini.

Sehingga proses penamaan calon tamat, hanya seorang calon bebas mengemukakan borang pencalonan.

Calon BN hadir bersama pencadangnya, Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid dan penyokong, Mohd. Razali Hamzah pada pukul 9.31 pagi di pusat penamaan calon.

Chee Pang bersama pencadangnya, Lee Tong Heng dan penyokong, Wan Siew Cheng pula tiba lebih awal iaitu pada pukul 9.02 pagi. Chee Pang memilih lambang bas.

Sementara itu hampir 10,000 penyokong BN memenuhi pekarangan Majlis Daerah Raub untuk memberikan sokongan sejak pukul 7 pagi.

Semangat penyokong BN juga diperkukuh dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan pemimpin parti-parti komponen BN yang lain.

0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Putrajaya
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER