UMNO PUTRAJAYA KORBAN 66 LEMBU
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya korban enam puloh enam lembu dan lima kambing sempena Aidiladha untuk diagihkan kepada anak yatim dan penduduk setempat. Dari jumlah tersebut lima ekor lembu di serahkan oleh Dato’ Sri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen Putrajaya.

Tengku Adnan mengagihkan daging korban kepada anak-anak yatim



Menurut Pengerusi Biro Agama dan Hal Ehwal Masjid & Surau, Tuan Haji Alias Hj Mohd Rejab, lembu-lembu korban tersebut diagihkan kepada 17 surau dan kawasan perumahan sekitar Putrajaya.

Katanya lagi, dari jumlah tersebut lima ekor yang diserahkan oleh Tengku Adnan diadakan korban secara gotong royong di Bukit Cahaya, Presint 9 Putrajaya.
Daging korban tersebut diagihkan kepada anak-anak yatim dan penduduk sekitar.

“Kali ini UMNO Bahagian Putrajaya lebih menggalakkan korban diadakan secara individu atau berkelompok daripada mengharapkan satu pihak yang memberi kerana Tengku Adnan mahu melihat dan menggalakan lebih ramai mereka yang berhajat untuk berkorban dapat dilaksanakan”.

“Kalau korban itu hanya diserahkan oleh satu pihak atau UMNO Bahagian sahaja yang melaksanakan berkemungkinan ada pihak atau individu lain tidak dapat melaksanakannya”

“Melalui cara ini hikmah dan tujuan berkorban sempena Aidiladha itu akan lebih bermakna” katanya
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Putrajaya
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER