Tengku Adnan menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pada malam itu
Puan Azizah Mohd Noor, Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya Ketua Puteri UMNO Bahagian Putrajaya Cik Hamizah Abdullah Zawawi (tengah) bersama tetamu yang hadir Tarian poco-poco yang dipersembahkan oleh ahli Pergerakan Wanita mendapat perhatian daripada tetamu pada malam itu
PUTRAJAYA, 29 Disemberi 2006 – Perpaduan sesama ahli disemua peringkat menjadi kunci kejayaan kepada setiap aktiviti dan perancangan yang dibuat apatah lagi dalam sebuah pertubuhan politik seperti UMNO. Demikian ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Dato Sri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau bekata, perpaduan dan persefahaman sesama ahli akan menentukan hala tuju pergerakan parti kerana tanpa ada rasa hormat menghormati dan saling bekerjasama tidak mungkin UMNO mampu menjadi wadah penerusan perjuangan orang-orang Melayu di Negara ini.
Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya bercakap demikian di Majlis Malam Mesra bersama pemimpin sempena sambutan Hari Wanita 2006 Parlimen Putrajaya di sini yang dianjurkan oleh Wanita UMNO Bahagian Putrajaya.
Katanya lagi, peranan yang dimainkan oleh wanita bukan sahaja semata-mata atas platform politik tetapi lebih berperanan sebagai ibu dalam keluarga dan pendidik dalam masyarakat.
“Saya ingin melihat wanita menjadi tulang belakang kepada perpaduan dalam UMNO Putrajaya kerana peranan semulajadi yang ada pada mereka dan wanita perlu mengenepikan sebarang unsur yang boleh membawa kepada keretakan dan perpecahan dalam parti.” jelasnya
Di majlis tersebut Tengku Adnan telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memasak, gubahan buah-buahan, lipatan tuala dan pertandingan memasak puding.
|