UMNO PUTRAJAYA SETIA BERSAMA PAK LAH
KESETIAN AHLI : Sebahagian daripada ahli UMNO Bahagian Putrajaya yang hadir di Persidangan Perwakilan baru-baru ini

TIDAK BERBELAH BAGI : Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya bersama YB Senator Dato Hamzah Zainuddin (baju biru) di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya


UMNO PUTRAJAYA SETIA BERSAMA PAK LAH : Dato Seri Tengku Adnan ketika berucap di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya


Tidak perlu ada mana-mana pihak mempertikai dan mempersoalkan kesetiaan UMNO Bahagian Putrajaya dalam menghadapi isu kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, YB Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa UMNO Bahagian Putrajaya tidak berbelah bagi menyokong dan mempertahankan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Katanya, ada pihak melihat bahawa Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan yang diasaskan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri tidak bersama dengan Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Jelasnya, adalah tidak benar andaian dan tuduhan sedemikian hanya semata-mata UMNO Bahagian Putrajaya yang terletak di Putrajaya yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir.

“Putrajaya merupakan pusat pentadbiran negara dan UMNO Bahagian Putrajaya menjadi perhatian banyak pihak dalam menilai dan membuat andaian terhadap isu yang ada sekarang.

“Saya tegaskan adalah tidak benar semua andaian tersebut dan UMNO Bahagian Putrajaya tetap berdiri teguh dan menyokong kepimpinan Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO” jelasnya ketika berucap di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya baru-baru ini.

Tengku Adnan yang juga Menteri Pelancungan meminta seluruh ahli UMNO Bahagian Putrajaya agar memahami situasi politik sekarang sekaligus membantu menjelaskan kepada ahli-ahli tentang isu yang sebenar.

Katanya, Putrajaya adalah benteng dan maruah negara. Oleh itu, UMNO Putrajaya tidak boleh membenarkan mana-mana pihak dari luar atau dalam parti yang mempertikaikan kepimpinan Pak Lah.

0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Putrajaya
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER