BANTUAN MOREI UNTUK 21 BUAH SURAU PARLIMEN PUTRAJAYA
PRIHATIN PEMIMPIN : Kesibukan sebagai Menteri Pelancungan yang perlu kerap berada di luar negara mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2007 tidak menghalang Tengku Adnan untuk bersama Parlimen Putrajaya


AMAL JARIAH : Datuk Seri Tengku Adnan ketika berucap di hadapan jemaah di Surau Amaniah IPD Putrajaya bagi menyampaikan bantuan morei untuk 21 buah surau dalam Parlimen Putrajaya

RAMADAN AL-MUBARAK : Sebahagian daripada jemaah yang hadir di majlis tersebut

BANTUAN MOREI : Antara yang menerima bantuan pada malam itu

PUTRAJAYA : Sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak, Ahli Parlimen Putrajaya Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyampaikan bantuan morei kepada 21 buah surau dalam Parlimen Putrajaya.

Majlis disempurnakan di Surau Amaniah IPD Putrajaya dengan dihadiri oleh wakil-wakil kesemua surau serta jemaah sekitar Putrajaya.

Dimajlis tersebut Tengku Adnan yang juga Menteri Pelancungan berharap dengan bantuan tersebut kesemua surau dalam Parlimen Putrajaya akan dapat menyempurnakan majlis morei sempena kedatangan bulan Ramadhan tahun ini.

Beliau juga berharap dengan kedatangan Ramadhan kali ini akan lebih banyak majlis-majlis keagamaan dan kesyukuran dapat dijalankan demi kesempurnaan dan perpaduan seluruh penduduk Islam di Putrajaya.

"Harapan saya keberkatan Ramadhan kali ini akan lebih menginsafkan kita semua tentang nasib baik yang terus kecepi oleh umat Islam di negara ini jika mahu dibandingkan dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh saudara Islam kita dikebanyakan negara lain.

"Semoga semua ini akan menginsafi kita dan bersyukur terhadap apa yang kita kecapi hasil kebijaksanaan pemimpin dan perpaduan umat Islam di negara ini" jelasnya

0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Putrajaya
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER